Pinjaman Koperasi Kakitangan Kerajaan – Promosi Tahun 2024
Pinjaman Peribadi Koperasi adalah diantara produk yang mendapat sambutan tinggi dari Kakitangan Kerajaan dan Penjawat Awam yang berjawatan tetap ketika ini. Ini berlaku kerana Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan garis panduan yang ketat kepada bank-bank tempatan dalam memberi kemudahan Pembiayaan Peribadi kepada Penjawat Awam & Kakitangan Kerajaan secara tidak langsung telah menyukarkan pemohon untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
Situasi ini telah menyebabkan Pinjaman Koperasi menjadi pilihan utama Kakitangan Kerajaan setelah permohonan mereka ditolak dan tidak diluluskan oleh bank terkemuka di Malaysia. Berbeza dari bank terkemuka, Koperasi Kredit tidak mengenakan syarat yang ketat untuk mendapat kelulusan permohonan pembiayaan peribadi.
Sehingga kini, Bank-Bank tempatan masih lagi mengenakan syarat yang ketat dalam meluluskan kemudahan pembiayaan peribadi khususnya kepada kakitangan kerajaan di Malaysia.
Promosi Pinjaman Peribadi Koperasi 2024
Diantara kelebihan dan kelonggaran yang diberikan didalam permohonan Pinjaman Koperasi ialah :
- Sehingga 60% Potongan Gaji
- Tidak Perlu Penjamin.
- Terima Pemohon Yang Mempunyai Rekod Ccris Termasuk Ccris P.T.P.T.N
- Terima Pemohon dengan rekod Ctos @ Blacklist*
- Terima Pemohon Yang Berdaftar Dibawah AKPK
- Komitment luar pemohon Tidak Perlu Diambil Kira Dalam Kiraan Kelayakan Pinjaman.
- Jumlah Pinjaman Maksimum Rm 200,000.00
- Tanpa Pengesahan Majikan*
Pinjaman Koperasi telah banyak membantu kakitangan kerajaan membuat penstrukturan semula pendapatan mereka. Terutama sekali bagi mereka yang mempunyai masalah Ccris, Ctos dan AKPK.
Ini secara tidak langsung telah menarik minat pemohon untuk mendapatkan kemudahan pinjaman dan pembiayaan peribadi dari pihak Koperasi berbanding bank tempatan.
Berbeza dengan kemudahan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank tempatan. Pihak pengurusan bank akan mengambil kira semua komitment luar pemohon dan juga segala rekod pinjaman pemohon kerana terikat dengan garis panduan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia kepada bank-bank tempatan. Secara tidak langsung menyukarkan pemohon untuk mendapatkan kemudahan Pembiayaan Peribadi dari bank tempatan.
Koperasi Wawasan Malaysia Berhad – Kowamas
Kowamas adalah diantara koperasi terkemuka yang bergiat aktif didalam menawarkan produk dan perkhidmatan Pinjaman Peribadi Koperasi kepada Kakitangan Kerajaan & Penjawat Awam di Malaysia. Produk tersebut dikenali dengan nama e-Wawasan.
Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (Kowamas), (dahulunya dikenali sebagai Koperasi Lepan Kabu Berhad) telah ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 pada tahun 1998. Penglibatan awal koperasi dimasa itu adalah berkisar dalam perniagaan retail di Kuala Krai dan Kota Bharu, Kelantan
Dengan menawarkan kadar keuntungan yang kompetitif, produk e-Wawasan menjadi pilihan utama oleh Kakitangan Kerajaan & Penjawat Awam dalam mendapatkan kemudahan Pembiayaan Peribadi.
Koperasi Putri Terbilang Berhad – Koputri
Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad atau lebih dikenali dengan nama KOPUTRI telah didaftarkan pada 09 Mac 2006 di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 sebagai suatu koperasi asas dengan liabiliti terhad. Pada awal penubuhannya, koperasi ini didaftarkan dengan keanggotaan seramai 100 orang dan sehingga Disember 2018 seramai 17,605 anggota berdaftar.
Antara tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan kemudahan kredit kepada anggota dengan pelbagai tujuan, menyediakan perkhidmatan tadika dan taska, menjalankan aktiviti pusat tuisyen dan kelas bimbingan. Selain dari itu, tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menjalankan aktiviti membeli, menjual ,memindahkan hak milik, menyewa, mencagar dan memajak, menggadai dan memiliki harta-harta alih dan tak alih. Koperasi juga menyertai usahasama dan menjadi anggota dengan koperasi-koperasi lain untuk tujuan meningkatkan daya saing, pendapatan serta bertukar-tukar ilmu berkoperasi.
Koperasi Bersatu Tenaga Berhad – Kobeta.
KOBETA yang telah didaftarkan penubuhannya pada 22 Julai 1993 terlebih dahulu dikenali sebagai KOPERASI BERSATU TENAGA MELAKA BERHAD yang diuruskan oleh kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan persatuan nelayan. Pada peringkat awalnya, KOBETA telah beroperasi di Melaka dan sehingga hari ini ibu pejabat KOBETA terletak di Melaka manakala pejabat urusan beroperasi di Medan Tuanku, Kuala Lumpur.
Pada tahun 2004 KOBETA telah mendapat kod Potongan Biro ANGKASA bagi membolehkannya beroperasi dengan aktiviti utama iaitu kemudahan kredit. Dengan sokongan serta nasihat daripada YDP Koperasi UKHWAH, Datuk Hj Rahim Baba, KOBETA telah memulakan aktiviti kredit dengan pembiayaan peribadi untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang pertama pada awal 2004. Penyusunan semula dan pindaan undang-undang kecil KOBETA turut mendapat sokongan daripada Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi yang ketika itu dipimpin oleh YB Tan Sri Kasitah Gaddam.
Kami Bantu Anda
Kami sedia bantu anda dengan memberikan konsultasi berkaitan dengan Pinjaman Peribadi Koperasi. Anda tidak perlu gusar kerana perkhidmatan kami adalah percuma. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat berkaitan penstrukturan semula kewangan anda. Pihak kami tidak akan mengenakan sebarang caj perkhidmatan konsultasi kepada kepada anda sepanjang tempoh kelulusan permohonan pinjaman peribadi koperasi anda.
Semak kelayakan pinjaman anda sekarang.
Kami terima permohonan pinjaman kakitangan kerajaan dari negeri berikut:
✓ Negeri Perlis ✓ Negeri Kedah ✓ Negeri Perak ✓ Negeri Pulau Pinang ✓ Negeri Selangor ✓ Negeri Melaka ✓ Negeri Sembilan ✓ Negeri Johor ✓ Negeri Pahang ✓ Negeri Terengganu ✓ Negeri Kelantan ✓ Negeri Sabah ✓ Negeri Sarawak ✓ Kuala Lumpur ✓ Wilayah Persekutuan